Monday 18 December 2017

RESUME


PANDUAN MENULIS RESUME

  1. 2 hingga 3 Muka Surat Sahaja

Perkara terutama dalam membina resume adalah luaran resume itu tersendiri. Panel Temuduga sudah tentu bosan dengan penulisan resume yang berpanjangan dan penuh perkataan perkataan yang tidak penting.
Oleh itu, SGO akan berkongsikan cara penulisan dan pemilihan markah markah yang penting dalam membina resume.

2. Profil Foto Yang Sopan dan Kemas.

Gambar peribadi anda menzahirkan ketrampilan anda. Sekiranya gambar yang diguna pakai tidak meyakinkan, panel temuduga sudah tentu menendang permohonan kerja anda 

my resume photo hehehe

3. Penggunaan Email Peribadi yang Formal

Cuba bayangkan anda adalah sumber manusia sesebuah syarikat. Email pemohon manakah yang anda merasakan sesuai untuk disenarai pendek?
gadisbeautyct223@gmail.com iaitu email yang tidak matang ataupun sitimusfirah@gmail.com? Sudah pasti email kedua kerana ianya menggambarkan keseriusan anda untuk melakukan kerja nanti.

4. Objektif Resume yang Jelas dan Spesifik.

Setiap Resume yang dihantar haruslah bersesuaian dengan permohonan kerja yang diinginkan. Jika objektif anda terlalu umum, panel sumber manusia mungkin mengganggap anda ‘pemalas’ dan hanya membuat kerja copy dan paste sahaja.
Oleh itu, kita kenalah rajin mengemas kini objektif permohonan agar menepati dan menggambarkan keazaman kita dalam mendapatkan kerja.
Contoh yang baik;
Objektif : Memohon Posisi Junior Eksekutif Akauntan dalam bidang Jual Beli Hartanah
Contoh yang kurang baik;
Objektif : Memohon Posisi Akauntan

5. Maklumat Peribadi Yang Berkenaan Sahaja.

Antara maklumat yang penting bagi diliputi dalam resume anda adalah.
Nama, Email, No Telefon Bimbit, Alamat, No Kad Pengenalan, dan Lesen. Setiap maklumat ini merupakan cara membolehkan bakal majikan menghubungi anda.
Manakala Lesen adalah subjektif. Sekiranya pekerjaan anda memerlukan pengangkutan yang kerap penyataan lesen adalah begitu penting.

6. Senarai Pencapaian Akademik Tertinggi Dahulu.

Penggunaan ruang dalam resume adalah amat penting. Anda tidak perlu menyenarai segala pencapaian akademik anda. Antara kesilapan pemohon umpamanya menyenarai pencapaian akademik dari UPSR hingga Ijazah.
Selain itu, pastikan kita meletakkan pencapaian tertinggi dahulu lalu diikuti pencapaian yang terkemudian.
Sebagai contoh, Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Matrikulasi, SPM. Tiga pencapaian sudah mencukupi.
Untuk senarai subjek, tidak perlu dimasukkan ke dalam resume kerana ianya bukan maklumat penting yang ingin diketahui oleh penganalisa resume anda.
Selain itu, jika keputusan yang diperolehi baik maka anda boleh meletakkan spesifik pointer tersebut. Jika tidak cukup sekadar nama sijil diperolehi dan mana intitusi yang telah dihadiri.

7. Penggunaan Kata Kunci yang betul.

Panduan ini amat penting apabila tiba bahagian memberi penerangan luar akademik anda. Elakkan menyenarai kesemua aktiviti anda sebaliknya merumuskan pencapaian tersebut dalam perkataan yang menarik.
MY RESUME

No comments:

Post a Comment